Home » Langit Terbuka » Pakar kewangan Islam dilantik presiden baru UIA

Pakar kewangan Islam dilantik presiden baru UIA

Mohd Daud yang merupakan timbalan rektor UIA dari 2002 hingga 2005, akan menjawat jawatan presiden universiti tersebut untuk tempoh 3 tahun bermula 1 Julai lepas. - Foto amanieadvisors.com

PETALING JAYA – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) hari ini (11 Julai) mengumumkan pelantikan pakar kewangan Islam Mohd Daud Bakar sebagai presiden ke-8 universiti itu.

Mohd Daud yang merupakan timbalan rektor UIA dari 2002 hingga 2005, akan menjawat jawatan presiden universiti tersebut untuk tempoh 3 tahun bermula 1 Julai lepas.

Beliau menggantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang meletak jawatan berikutan tekanan daripada kabinet, pemimpin komuniti dan aktivis.

Pengkritik berkata, langkah Maszlee sebelum ini menerima pelantikan sebagai presiden universiti berkenaan bercanggah dengan janji untuk tidak melantik ahli politik untuk mengetuai universiti awam.

Dalam kenyataan hari ini, UIA mengucapkan tahniah kepada Mohd Daud atas pelantikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada Maszlee atas khidmatnya sebelum ini.

Mohd Daud memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang syariah daripada Universiti Kuwait sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di University St Andrews di UK.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai penasihat syariah di beberapa institusi kewangan Islam dan merupakan ahli Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *