Agihan sumbangan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat

LENSA Agihan sumbangan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 13 Oktober. Sebanyak 20 keluarga miskin dan anak yatim di Kampung Sungai Rambai, Jenjarom dan Sijangkang disantuni. Haji Hasmawi Haji Mahidin selaku Pengerusi SAY Kuala Langat dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob turun padang menyampaikannya.

Majlis Solat Hajat untuk Palestin di Asrama Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS)

CAKNA Dengan nasib saudara-saudara di Palestin, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah mengadakan majlis Solat Hajat di Asrama Anak-Anak Yatim Sijangkang (RAYAS) pada 12 Oktober. Lebih 50 anak yatim, ahli SAY, ahli jawatankuasa RAYAS dan penduduk sekitar menyertai acara ini. Turut diadakan ialah bacaan Surah Yassin dan tahlil dipimpin oleh Imam RAYAS, Haji Jailani Ahmah. […]

Bicara ilmu tahsin wudhu 2.0

Hari ini YADIM sekali lagi memberikan pertambahan ilmu kepada warganya dalam SIRI BICARA ILMU yang disampaikan oleh Ustaz Ali Azfar. Ianya juga disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook Yadim Official, YouTube Yadim TV, Twitter Yadim Official dan FB Yadim Negeri.

Kunjungan kepada JAKIM usaha mempromosi program ADMY

MENERUSKAN Usaha mempromosi program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY), satu kunjungan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff telah diadakan di pejabatnya pada 12 Oktober. Perjumpaan tersebut antara lain menyentuh tentang cadangan bekerjasama dengan JAKIM untuk siaran Pentas Akhir ADMY yang dijadual pada November nanti. Turut dibincangkan ialah peluang kerjasama […]

Yeki menerima anugerah Tokoh Dai Orang Asli

BUKAN Mudah menjadi seorang pendakwah. Lebih sukar lagi jika menjadi pendakwah Orang Asli. Sentiasa berada di pedalaman, jauh daripada pelbagai kemudahan, selain perlu berulang alik ke kota jika terdapat urusan yang perlu diselesaikan adalah antara cabaran yang perlu ditempuh sebagai seorang pendakwah Orang Asli. Namun semuanya ditempuh penuh tabah oleh Yeki Agi, 27, salah seorang […]

SEMINAR Kebangsaan Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) di UPM

SEMINAR Kebangsaan Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) kini memasuki siri ketiganya selepas Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadi tuan rumah pada 11 Oktober melangsungkannya dengan jaya. Anjuran bersama YADIM dan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM dengan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, Pusat Islam UPM dan Rakan Siswa […]

Kunjung hormat KEMUDA YADIM ke SMK Abdul Jalil, Hulu Langat

BAHAGIAN Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan YADIM Negeri Selangor telah mengadakan kunjung hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil, Hulu Langat pada 11 Oktober. Pelbagai cadangan kerjasama yang boleh membawa manfaat kepada kedua pihak dibincangkan dalam pertemuan dengan Pengetua SMK Abdul Jalil, Puan Wan Norma Wan Pi (Pengetua Cemerlang), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, […]

Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

LENSA Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 11 Oktober di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Antara pengisian utama program ialah Peluncuran Buku Transformasi Al Falah yang telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd […]

RM20 juta untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta, bagi memperkasakan penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah pelaksanaan program itu, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026. “Pendidikan awal kanak-kanak juga akan terus diberi perhatian dan […]

Kerajaan peruntuk RM20 juta untuk inovasi ekonomi Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan RM20 juta bagi merancakkan kajian dan kreativiti serta inovasi ekonomi Islam bagi mendalami nilai universal ekonomi Islam dan pengalamannya dalam konteks semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha itu akan diterajui Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dengan pembabitan bersama Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) dan industri. Ketika […]