YADIM Terengganu menyantuni masa banjir di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal

YADIM Terengganu telah memulakan gerak kerja menyantuni mangsa-mangsa banjir di negeri berkenaan. Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal di Kuala Nerus telah dikunjungi pada 23 November dan badan dakwah ini telah menyantuni seramai 195 mangsa daripada 57 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut. Mereka yang berlindung di PPS ini ialah mangsa dari Taman […]

Misi Bantuan Banjir YADIM ke Terengganu

CAKNA Dengan bencana banjir yang kini mula melanda beberapa negeri ketika ini, YADIM bertindak proaktif melaksanakan program Misi Bantuan Banjir YADIM ke Terengganu pada 23 November. Konvoi empat kenderaan telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin di lobi ibu pejabat badan dakwah ini. Empat kenderaan ini kemudiannya akan disertai pula oleh […]

KKD cadang anjur bengkel terap nilai Islam dalam skrip filem

SEPANG – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bercadang untuk menganjurkan beberapa bengkel bagi menerapkan nilai Islam dalam pembikinan skrip filem di negara ini. Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, menerusi inisiatif tersebut, pihak produksi dapat menyediakan kandungan video dan penulisan yang lebih mantap, profesional serta diminati masyarakat. “Bagi saya kalau banyak kandungan kita bermula dengan penulisan dan […]

Garis panduan program hiburan akan diselaraskan – Na’im

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran program hiburan di negara ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perbincangan akan diadakan bersama-sama dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). “Garis panduan ini nanti tentunya akan menerima […]

Serah sumbangan Palestin kepada NGO dipantau

KUALA LANGAT: Rakyat Malaysia yang ingin menderma bagi membantu rakyat Palestin khususnya umat Islam di sana dinasihatkan untuk memilih organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Ini kerana, badan yang berdaftar dengan yayasan tersebut tertakluk kepada pemantauan dan peraturannya yang akan menyenarai hitam NGO didapati melakukan penyelewengan dana umum. […]

Azan bergema dari menara masjid yang rosak

Khan Younis, Gaza: Sambil mengimbangkan badan pada papan konkrit retak yang curam dengan batang logam berpintal mencucuk keluar dan sisa-sisa kubah condong pada sudut 45 darjah di belakangnya, seorang muazin muda berkopiah melaungkan azan memanggil umat Islam untuk solat, dari atas sisa runtuhan masjid yang dibom di Gaza. Menara di mana muazin itu berada biasanya […]

Belanjawan Negeri Sembilan 2024: Belia kahwin kali pertama terima RM500

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan menyalurkan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama, mulai tahun depan. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri juga akan memberi sumbangan keceriaan sebanyak RM200 seorang kepada golongan warga emas berusia 70 tahun ke atas. “Selain bantuan kepada golongan belia dan […]

PM Anwar beri kepercayaan tinggi kepada perkhidmatan awam

PUTRAJAYA: Setahun pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan pimpinannya berjaya melaksanakan tanggungjawab penting khususnya dalam menjaga kebajikan penjawat awam. Malah, pimpinan Perdana Menteri telah memberi kepercayaan tinggi kepada perkhidmatan awam dalam melaksanakan agenda pembangunan negara, serta meletakkan Malaysia di trajektori yang tepat menuju ke arah sebuah negara maju. Perkara itu diakui […]

Individu dakwa diri Imam Mahdi akan dipanggil Jakim – Mohd. Na’im

PUTRAJAYA: Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi di media sosial akan dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam masa terdekat. Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang memberitahu, ia bertujuan untuk memberi nasihat atas kenyataannya itu. “Saya telah arahkan Jakim untuk memanggil dan […]

Anwar pemimpin berani, lantang perjuang Palestin

Negara bertuah mempunyai seorang ketua negara yang tegas menyuarakan pendirian berhubung isu kemanusiaan di Palestin, tetapi pada sama masih tidak mengurangkan pengaruhnya dalam menarik pelaburan ke Malaysia. Menyifatkan Perdana Menteri sebagai pemimpin berjiwa besar, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus turut menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang berani. […]