Setakat ini saya boleh laksana tugas tanpa timbalan – Na’im
KUALA LUMPUR – Ketiadaan timbalan menteri bukan penghalang untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjalankan tugasnya. Jelas Mohd Na’im, melantik timbalannya merupakan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, sama ada mempunyai pembantu atau sebaliknya, beliau sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Apatah lagi, beliau mendapat […]
Jakim minta bantuan PDRM cari lelaki mengaku ‘Imam Mahdi’
Kuala Lumpur: Lelaki yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi terus ‘ghaib’ dan gagal dikesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari individu terbabit. “Setakat ini tak jumpa lagi. Cuma kita bekerjasama dengan PDRM untuk […]
Pejabat Mufti WP, Jakim bincang selaraskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat
KUALA LUMPUR – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang bagi menyelaraskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Terengganu bahawa ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, wujud keperluan untuk menyelaraskan keputusan di peringkat negeri berkenaan perwartaan ajaran sesat ke […]
4 muka baharu antara 22 dilantik Anggota MAIS Sesi 2024-2026
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 22 Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), termasuk empat muka baharu bagi sesi 2024 hingga 2026. Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata baginda berkenan melantik dan menerima menghadap Tengku Seri Andika Diraja, Tengku Datuk Iskandar Shah Tengku Ismail Shah yang juga […]
DUN Pahang lulus usul bantah kekejaman zionis Israel
KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini, sebulat suara meluluskan usul membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Usul itu dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menggariskan lima ketetapan termasuk mengecam sekeras-kerasnya serangan […]
YADIM Kelantan menyantuni mangsa banjir
CAKNA Dengan banjir yang mula melanda, YADIM Kelantan bergerak pantas memulakan gerak kerja menyantuni mangsa-mangsa musibah berkenaan. Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Pasir Mas telah dikunjungi pada 3 Disember dan badan dakwah ini telah menyantuni seramai 673 mangsa daripada 240 keluarga yang ditempatkan di PPS tersebut. YADIM Kelantan dibantu tiga […]
SAY Kuala Langat menyantuni penduduk sekitar Kampung Sijangkang
LENSA Inisiatif Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat yang menyantuni penduduk memerlukan di sekitar daerah berkenaan baru-baru ini. Seramai 22 keluarga miskin dan anak yatim di Kampung Telok Mengkuang, Kampung Jenjarom, Kampung Medan, Kampung Sawah, Kampung Sijangkang dan Jalan Sukepi menerima sumbangan makanan untuk meringankan beban mereka. Ia disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi […]
Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani
BERTUJUAN Memperkasa kefahaman Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat pendidik dan orang awam, YADIM Kedah dan Perlis telah menganjurkan Program YADIM Interaktif : Kolokium Kenegaraan Pendidikan Manusiawi Masyarakat Madani pada 2 Disember. Dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) Kedah dan ABIM Kedah, ia disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Professor Madya Dr. Adi Anuar […]
Majlis RSY Mesir di Bengkel Kepimpinan Madani
MAJLIS Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Mesir telah menghadiri Bengkel Kepimpinan Madani dan Majlis Apresiasi MP3M 2023 yang dianjurkan oleh Education Malaysia Egypt (EME). Kehadiran 12 orang barisan pimpinan RSYM bertujuan memperkasa kefahaman dan kepimpinan berteraskan enam nilai teras Malaysia Madani. RSY Mesir juga telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan EME dan persatuan pelajar induk […]
Program Aspirasi Belia Madani
LENSA Program Aspirasi Belia Madani di Pusat Giat MARA Marang pada 29 November. Seramai 29 pelajar menyertai program bacaan menggunakan Kitab Fiqh Manhaji dan dilaksana dalam bentuk interaksi dua hala selama lebih sejam. Tumpuan kali ini adalah berkaitan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian ketika membaca Tasyahhud . Perbincangan tentang hukum tajwid juga diadakan. Program […]