Konsep MADANI inklusif, lindungi semua kaum – Anwar

KUALA LUMPUR: Semua masyarakat di negara ini harus menerima kenyataan bahawa Islam adalah agama Persekutuan tanpa ada kewujudan sebarang prasangka. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagaimanapun kerajaan MADANI akan melindungi orang ramai tanpa mengira latar belakang agama mereka. Mengulas lanjut, beliau berkata sentimen yang mendakwa Kerajaan Perpaduan hanya eksklusif untuk Melayu dan Islam […]

Gerakan Islam perlu kerja kuat – Anwar

KUALA LUMPUR: Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi catatan di Facebook hari ini berkata tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam. Perkara itu disampaikan Anwar pada Majlis […]

Denmark lulus undang-undang haram pembakaran al-Quran

Copenhagen: Parlimen Denmark, pada Khamis lalu, mengguna pakai undang-undang yang mengharamkan ‘layanan tidak wajar’ kepada teks keagamaan, terutamanya pembakaran Al Quran selepas beberapa siri pembakaran kitab suci Islam itu membangkitkan kemarahan beberapa negara Islam, pada musim panas lalu. Rang undang-undang itu, yang melarang layanan tidak wajar terhadap tulisan dengan kepentingan agama yang signifikan untuk komuniti […]

Sultan Selangor sekali lagi tegaskan masjid, surau perlu bebas pengaruh politik

SHAH ALAM: Masjid dan surau perlu bebas daripada sebarang pengaruh dan elemen politik kepartian bagi memelihara kesuciannya sebagai tempat yang menjadi medium penyebaran dakwah serta pusat ibadah umat Islam. Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya ketika membacakan khutbah Jumaat berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid dan surau perlu bebas daripada aktiviti […]

Setahun Kerajaan Madani: Pentadbiran Islam diperkasa demi kebaikan umat sejagat

KUALA LUMPUR: Pemerkasaan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agam Islam menjadi fokus utama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) sepanjang setahun kerajaan MADANI. Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dalam tempoh setahun ini beliau telah bertindak memastikan kakitangan jabatan dan agensi agama memahami kerangka Pelan Transformasi Al-Falah. “Perkara ini amat penting kerana untuk kita […]

POLITIK ‘LABEL MELAMPAU’ MEMBURUKKAN KEADAAN SERTA MEMBANTUTKAN DAKWAH DAN ISLAH

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru kepada ahli-ahli politik Malaysia khasnya dari kalangan umat Islam, menjauhi dan meninggalkan gaya politik kebencian. Mereka sepatutnya terus berada di atas jalan ‘agama itu satu nasihat’ seperti sabda Rasulullah SAW, bermaksud, “ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin […]

YADIM peruntuk RM10,000 gelombang pertama banjir Kelantan

RANTAU PANJANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperuntukkan RM10,000 bagi membantu meringankan beban mangsa banjir gelombang pertama di negeri ini. Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang berkata, bantuan itu diberikan melalui pengagihan kit makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan rumah-rumah mangsa banjir. Menurutnya, misi itu memfokuskan kepada mangsa-mangsa yang terjejas teruk sekitar Pasir Mas […]

Seminar Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

SEMINAR Kenegaraan Madani Pegawai Dan Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di Masjid Khalid Bin Al-Walid, Kuala Lumpur pada 6 Disember dihadiri seramai 160 pegawai dan anggota pasukan berkenaan dari seluruh negara. Dianjurkan dengan kerjasama YADIM dan Jabatan Arah KAGAT, ia bertujuan menajamkan lagi kefahaman Aspirasi Malaysia Madani di kalangan anggota-anggota KAGAT. Program bermula dengan […]

Dewan Negara lulus usul bantah, kutuk kekejaman Israel terhadap Palestin

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar membantah dan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Israel yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin. Usul yang dikemukakan Senator Hussin Ismail di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1) mengandungi lima ketetapan termasuk membantah dan mengecam sekeras-kerasnya keganasan ke atas rakyat Palestin serta mendesak serangan Zionis […]

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, kenakan larangan perjalanan

BAITULMAQDIS: Ejen perisikan Israel menyerbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin. “Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan,” kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu. Beliau berkata, pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan […]