Zulkifli Hasan miliki pengalaman luas bidang syariah, kewangan Islam
KUALA LUMPUR – Dr Zulkifli Hasan yang diumumkan sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam rombakan Kabinet hari ini, memiliki pengalaman luas dalam bidang syariah dan kewangan Islam. Dilahirkan di Tanjung Malim, Perak pada 3 Jun 1977, pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ITU menyandang pelbagai […]
Zulkifli Hasan dilantik Timbalan Menteri Agama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan Senator Dr Zulkifli Hasan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sebelum ini tiada mana-mana individu menjawat jawatan tersebut dalam barisan kabinet yang dipimpin Anwar. Zulkifli yang juga Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini telah mengangkat sumpah […]
Agong rasmi Menara MAIWP
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan perasmian Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Lorong Haji Husein, di sini, hari ini. Turut mengiringi baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar […]
Lokasi menara baharu MAIWP mudahkan asnaf untuk berurusan – Menteri
KUALA LUMPUR – Bangunan baharu Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang terletak di Jalan Hussein, di tengah-tengah ibu kota mampu memberi kemudahan dan keselesaan kepada golongan asnaf untuk berurusan dengan agensi itu. Ini kerana, menara tersebut berada pada kedudukan yang lokasinya mudah diakses menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan monorel. Menteri di […]
AMERIKA SYARIKAT HILANG KELAYAKAN BERCAKAP ISU KEMANUSIAAN
YADIM bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menolak usul dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi genjatan senjata kemanusiaan segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza. Ini sekaligus mengesahkan mereka sudah hilang kelayakan bercakap apa-apa pun dalam isu kemanusiaan apatah lagi memperjuangkan kemanusiaan sedangkan […]
Eksport halal Malaysia RM44.17 bilion sehingga Oktober
KUALA LUMPUR: Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong. Beliau berkata pada tahun lalu, nilai eksport sektor halal Malaysia yang meliputi produk barangan makanan dan minum, bahan ramuan dan produk kosmetik melonjak 64 peratus kepada RM59.46 bilion berbanding pada […]
BSN dinobat anugerah produk simpanan Islamik terbaik di Malaysia
PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) dinobat Anugerah Produk Simpanan Islamik Terbaik di Malaysia menerusi produk utamanya iaitu BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP). Anugerah berprestij itu diumumkan dalam Majlis Anugerah Perbankan Runcit Islam (IRBA) 2023 ke-9 di Manama, Bahrain. BSN dalam kenyataan memberitahu, pencapaian ini adalah seiring dengan komitmen BSN untuk memupuk budaya menyimpan, menawarkan produk […]
Agong dukacita, kesal AS guna kuasa veto
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi menggesa gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dan Palestin, baru-baru ini. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari […]
KDN perlu pantau amalan doa laknat – Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memandang serius trend doa laknat sesama Islam yang berbeza pandangan politik di negara ini. Ini kerana ia tidak sihat untuk perpaduan sehingga boleh mengakibatkan huru-hara dalam kalangan semua kaum jika dibiarkan berterusan. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya amalan doa laknat terhadap […]
Malaysia sangkal dakwaan gencatan senjata di Gaza ‘hanya tanam benih untuk perang seterusnya’
PUTRAJAYA: Malaysia menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera di Gaza akan “hanya menanam benih untuk perang seterusnya.” Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah yang diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara. […]