Tiada sambutan ambang tahun baharu tanda solidariti kepada Palestin, mangsa banjir

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang perancangan untuk mengadakan sambutan Ambang Tahun Baharu 2024. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh rejim zionis Israel dan menghormati mangsa banjir di beberapa negeri. “Di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mungkin diadakan program sambutan yang bersesuaian […]

Ngeh mohon maaf, tarik semula cadangan lantik pakar bukan Islam

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf berhubung cadangannya supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam. Ngeh turut menarik semula cadangannya itu, dengan menjelaskan beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk Majlis Kebangsaan […]

Kes tipu pakej umrah bawah bidang kuasa Motac – Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan isu penipuan pakej umrah yang berleluasa kebelakangan ini bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya. Katanya, semua syarikat atau agensi menawarkan pakej umrah itu tertakluk kepada akta di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac). “Setakat ini kita menghormati (bidang kuasa), kalau kita lihat […]

Kerajaan Pusat sedia bantu masjid, surau terjejas banjir

JERANTUT – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas banjir, walaupun institusi berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sedia menyalurkan bantuan jika terdapat permohonan diajukan menerusi sahabat agensi di bawah kementerian itu. “Kita sebenarnya […]

PM dukung titah Sultan Selangor bukan Islam jangan campuri urusan Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendukung penuh titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini. Namun, sekiranya perlu, beliau berkata, mereka boleh menulis kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama […]

Menteri Agama bidas Koo Ham, sifatkan syor letak pakar bukan Islam tak berasas

KUALA LUMPUR: Cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam (Jawatankuasa Khas) adalah tidak berasas sama sekali. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata dalam perkara dasar pentadbiran hal ehwal Islam termasuk isu dasar perundangan dan kehakiman […]

Sultan Selangor ingatkan bukan Islam agar hormati, tidak campuri hal ehwal agama Islam

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal Agama Islam di Malaysia. Titah baginda, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan […]

Undang-undang syariah tak perlu pakar bukan Islam

SHAH ALAM – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan bahawa, pakar bukan Islam tidak perlu dilantik bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Beliau berkata, tiada keperluan meletakkan pakar bukan Islam dalam jawatankuasa itu kerana dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini terdapat ramai golongan […]

RM8.4 juta baik pulih asrama penuntut Johor di Mesir

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM8.4 juta bagi membaik pulih dua buah asrama penuntut Johor di Kaherah, Mesir. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, usaha membaik pulih asrama itu akan memberikan suasana lebih kondusif kepada 250 penuntut terlibat kerana  sebelum ini mereka terpaksa menginap di rumah sewa. “Bangunan asrama […]

Goda isteri orang boleh didakwa di Perak

Ipoh: Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Perak masih boleh dikenakan tindakan atas kesalahan itu di bawah undang-undang syariah negeri berkenaan. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim berkata ini kerana Seksyen 30 Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992 masih terpakai dan boleh digunakan untuk mendakwa individu yang melakukan perbuatan itu. “Mengikut […]