Jubli Emas 50 tahun Yadim: Umat Islam diseru bersatu, perkukuh dakwah di Malaysia
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan terus memperhebat usaha dakwah di negara ini, satu komitmen yang selari dengan sambutan ulang tahun ke-50 Yadim yang disambut pada tahun ini. Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, usaha dakwah tersebut tidak hanya terbatas dalam mengajak orang memeluk Islam, malah ia boleh diterjemahkan menerusi keindahan Islam […]
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas. Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pada tahun lepas kutipan zakat di Selangor meningkat dengan positif, iaitu sehingga November 2023 melebihi RM791 juta iaitu […]
Elak dua ujian satu hari, UPKK mata pelajaran sirah ditukar lagi kepada 24 Januari
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah mengumumkan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran Sirah yang dijadual diadakan hari ini ditangguhkan ke 23 Januari 2024 bersekali dengan ujian bagi mata pelajaran Lughah al-Quran. Susulan keputusan itu pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menerima banyak aduan […]
Konsep pembangunan Islam berterusan bukti agama dijaga
Islam dan pembangunan tidak dapat dipisahkan di negara ini. Malah, Islam tidak sekadar dijadikan agenda pelaksanaan perintah agama secara kolektif dan sistematik sebagai tanda pengabdian kepada Tuhan, bahkan diberikan fungsi sebagai pemacu pembangunan, sama ada bersifat kerohanian, kebendaan mahupun intelektual untuk mewujudkan kebaikan serta menghindarkan keburukan. Antara contoh komitmen dan kesungguhan kerajaan mengangkat kepentingan Islam […]
MAIWP naik kadar bantuan barangan keperluan asas RM300 sebulan
PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menaikkan kadar bantuan barangan keperluan asasi kepada golongan asnaf daripada RM150 kepada RM300 sebulan bermula tahun ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nizam Yahya berkata, bantuan kewangan dalam bentuk dompet elektronik (e-wallet) itu akan memanfaatkan lebih 30,000 asnaf di Wilayah Persekutuan. Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan RM108 juta […]
Penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah pada Rabu
PETALING JAYA: Penerbit Mentega Terbang, iaitu filem indie yang dilarang tayang oleh kerajaan, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu ini kerana ‘melukakan perasaan agama orang lain.’ Tan Meng Kheng menerima saman bertarikh hari ini untuk menjawab pertuduhan bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Bulan lalu, Meng Kheng dan pengarah, Khairi Anwar Jailani, […]
Haji 2024: Semua 25 syarikat PJH sedia pakej Rahmah bawah RM50,000
KUALA LUMPUR: Semua 25 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) bersetuju untuk meneruskan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua PJH yang dilesenkan memberi jaminan bahawa mereka menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan pakej terbabit kepada […]
Surat tawaran haji akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat – TH
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan surat tawaran menunaikan ibadat haji bagi musim 1445/2024 sedang dalam proses penilaian terakhir dan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata pengumuman mengenainya akan dibuat sedikit masa lagi. “Surat tawaran haji (akan dikeluarkan) dalam masa yang amat terdekat, […]
YADIM Johor telah turun padang menyantuni mangsa banjir dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA
DENGAN Kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan PUSPANITA Daerah Johor Bahru, YADIM Johor pada 13 Januari telah turun padang menyantuni mangsa banjir di sekitar kawasan berkenaan. Turun padang menyampaikan sumbangan kepada 200 keluarga yang disantuni ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr Zulkifli Hasan. Penduduk yang disantuni ialah […]
Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai
CUACA Baik di Terengganu dimanfaatkan oleh Sukarelawan YADIM untuk program pasca banjir menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 12 Januari Sukarelawan YADIM Jerangau menyantuni 10 keluarga miskin mangsa banjir di Kampung Jerangau Sungai, Hulu Dungun. Mereka yang disantuni merupakan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan selain hidup serba daif. Malah ada di kalangan mereka tidak mempunyai […]