Konsep MADANI: PM kongsi pandangan dengan tokoh Islam Kuwait

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pandangan dengan tokoh pemikir Islam dari Kuwait, Syeikh Tareq Al-Suwaidan, mengenai konsep MADANI yang menekankan pendekatan berimbang dan komitmen memerangi penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pimpinan. Pada pertemuan itu, hari ini, Perdana Menteri turut menyatakan pendirian dan usaha berterusan Malaysia untuk menegakkan keadilan di bumi Palestin. Anwar berkata, Syeikh […]

‘Saya Sentiasa Hormati Institusi Mufti’ – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia memerlukan kerjasama dan hubungan yang rapat serta saling menghormati terutama dengan institusi mufti yang mempunyai kebijaksanaan dalam hukum syarak dan fatwa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata beliau sentiasa merujuk dan menghormati pandangan yang diberikan para mufti. “Alhamdulilah, selesai […]

TH nafi tuduhan agih kuota haji kepada pihak swasta

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan institusi itu mengagihkan kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH). TH meminta orang awam untuk tidak menyebarkan berita palsu atau belum dipastikan kesahihannya yang boleh mencetuskan keresahan masyarakat “Sepertimana yang telah diketahui ramai, kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi […]

YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) perlu terus memainkan peranan sebagai jurucakap di peringkat lapangan khususnya dalam memberikan kefahaman berkaitan agenda membangun Malaysia MADANI melalui program yang menarik dan interaktif. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dalam suasana masyarakat majmuk, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan […]

Goda isteri orang boleh didakwa di Sabah

KOTA KINABALU: Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Sabah boleh dikenakan tindakan atas kesalahan itu di bawah undang-undang syariah negeri berkenaan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata perkara terbabit terpakai sejak sekian lama membabitkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995. Bagaimanapun, beliau […]

Umat Islam diseru hormati pandangan, fatwa mufti – Mufti Kedah

ALOR SETAR – Umat Islam di negara ini diseru supaya menghormati Jabatan Mufti dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut. Menurut Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, Jabatan Mufti adalah institusi yang tertinggi menjalankan tugas mewakili sultan dan raja bagi negeri-negeri di negara ini. “Jabatan Mufti merupakan institusi tertinggi bagi negeri-negeri yang ada di […]

TH bekerjasama dengan PDRM heret syarikat pengurusan haji tak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan bekerjasama dengan lebih rapat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengheret syarikat pengurusan haji tidak bertanggungjawab atau ‘penipu pakej’ ke muka pengadilan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, agensi itu juga akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya […]

Sarawak mahu bina enam menara di masjid jamek negeri

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina enam menara di Masjid Jamek Negeri di sini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata, menara yang bakal dibina itu mirip menara di Masjid Nabawi, di Madinah, Arab Saudi. “Kita akan kita tambah (bina) menara (di Masjid Jamek negeri) macam di Masjid Nabawi. Masjid kita ini […]

Kerajaan tawar Bantuan Kewangan Haji RM,1000 kepada jemaah B40

SEPANG- Kerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Kewangan Haji Secara Bersasar yang diberikan kepada jemaah Haji Muasassah golongan B40 dengan jumlah RM1,000 seorang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, penawaran bantuan itu turut mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana jemaah Muassasah B40 hanya membayar kos […]

Mufti nasihat Siti Nurhaliza tunda tarikh konsert menjelang Ramadan

PENYANYI tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dinasihatkan agar menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini kepada satu tarikh lain. Dalam satu saranan, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mengadakan aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati ALLAH. Bagaimanapun, Wan Salim […]