MKI terbuka bincang semua pihak untuk perkasa Mahkamah Syariah – PM

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam, terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk mana-mana parti politik. Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya. “Semalam Tun Zaki (Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi) dah […]

Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan pantau isu Mahkamah Syariah – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan yang berperanan memantau sebarang isu membabitkan Mahkamah Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pembentukan jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) itu sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. “Nama anggota jawatankuasa ini sudah dipersembah dan akan […]

Johor letak jurubahasa isyarat untuk solat Jumaat

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor akan memperkenalkan jurubahasa isyarat masjid bagi membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu memahami isi kandungan khutbah solat Jumaat, di negeri ini. Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata inisiatif itu bagi membolehkan OKU pekak dan bisu memenuhi syarat sah solat Jumaat. “Pada peringkat awal […]

Dasar, program pendidikan tahfiz terus diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha memperkukuh dasar serta program pendidikan tahfiz dalam negara seperti dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini adalah termasuk penekanan kepada penguasaan mata pelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz agar fasih dan berkemahiran untuk mentafsirkan ayat-ayat […]

Henti manipulasi, politikkan pembatalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkepentingan memberi pandangan kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam. Perdana Menteri menegaskan, tindakan itu perlu bagi mengelak keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan minggu lalu terus dimanipulasi dan dijadikan isu. Beliau berkata, kerajaan senada dengan […]

Kerajaan Persekutuan sambut baik titah Sultan Selangor – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Sultan Selangor, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) itu, juga dilihat tepat pada […]

Kedudukan Mahkamah Syariah kekal utuh – Mohd. Na’im

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia adalah kekal utuh dengan jaminan kedudukannya sebagaimana dinyatakan jelas di dalam Perlembagaan. Ia berikutan Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal […]

Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan – Sultan Selangor

  SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara perlu sentiasa didokongi rakyat Malaysia. Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah demikian dalam Mesyuarat MKI kali Ke-71 di Putrajaya hari ini. Menerusi […]

Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pagi tadi berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu Mohd Na’im menyembah maklum urusan berkaitan hal ehwal Islam. “Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, […]

Malaysia gesa Israel henti serangan di Rafah

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk serangan secara besar-besaran Israel di bandar Rafah, dekat selatan Gaza dan menuntut rejim Zionis itu menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dengan segera. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan serangan di bandar yang menjadi lokasi orang awam mendapatkan perlindungan itu akan meningkatkan lagi ketegangan dan merencatkan segala usaha bagi merealisasikan gencatan […]