SAY Kuala Langat bantu asnaf di Kampung Sijangkang

MENJADI Kelaziman setiap Jumaat, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat akan mengagihkan sumbangan makanan untuk asnaf yang memerlukan. Pada 12 Januari, 20 keluarga di Kampung Sungai Rambai, Kampung Mengkuang dan Kampung Sijangkang menerima agihan tersebut. Turut menerima agihan ialah penghuni Rumah Anak Yatim Kampung Sijangkang. Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin mengagihkan sumbangan makanan tersebut […]

Persenda Islam secara terbuka, umat Islam hilang jati diri – Mufti

GEORGE TOWN – Umat Islam pada zaman ini dilihat sudah kehilangan jati diri apabila mempersendakan agama ALLAH SWT secara terang-terangan di media sosial tanpa rasa bersalah malah ia dianggap hiburan. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, orang Islam sepatutnya membela agama suci ini dan bukannya membuat gurauan yang boleh […]

PM Anwar minta MAIWP selaras bantuan zakat bersama agensi lain

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu menyelaras penyampaian bantuan zakat bersama agensi lain bagi memastikan rakyat yang benar-benar memerlukan, mendapat manfaat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi contoh sekiranya tiada penyelarasan, akan ada keluarga mendapat beberapa kali bantuan sedangkan ada keluarga lain langsung tidak dibantu. “Antara tugas MAIWP supaya ada penyelarasan […]

Teliti pandangan negeri, ulama, ahli akademik perkasa Mahkamah Syariah – PM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam diminta berbincang dengan setiap negeri, selain mendapatkan pandangan ulama, mufti dan ahli akademik berhubung langkah untuk memperkasa Mahkamah Syariah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata permintaan itu dimaklumkan beliau dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan […]

Isu undang-undang jenayah syariah akan diselesaikan dalam tempoh 8 bulan – Na’im

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan menyatakan komitmen menyelesaikan isu yang berbangkit membabitkan undang-undang jenayah syariah negara ini dalam tempoh lapan bulan, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam […]

Bincang dengan PM sebelum bentang RUU355

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan membincangkan dengan Perdana Menteri terlebih dahulu mengenai cadangan membentangkan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ia sama seperti dalam perancangan sebelum ini. “Saya akan bincang dengan Perdana Menteri berkaitan ini. Seperti mana kita […]

Perlu ada ketelusan dalam pengurusan kutipan derma – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perlunya ada ketelusan dalam pengurusan sebarang dana kutipan derma di negara ini. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap kutipan derma oleh mana-mana organisasi perlu mengikut peraturan bagi memastikan ia dapat disalurkan kepada golongan sasar yang memerlukan. Beliau berkata Kerajaan Madani sendiri sentiasa mengutamakan kepentingan […]

‘Henti buat parodi kes Nik Elin demi raih populariti’ – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Pempengaruh media sosial diingatkan tidak mengambil kesempatan termasuk membuat parodi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sehingga menimbulkan keresahan rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan isu terbabit bukan perkara kecil dan ia perlu berdasarkan fakta yang tepat. “Mereka […]

Institusi zakat perlu selesaikan masalah asas kemiskinan tegar – Perdana Menteri

GEORGETOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan institusi zakat mesti memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah asas berkaitan kemiskinan tegar di negara ini. Beliau berkata zakat tidak seharusnya dilihat sebagai institusi biasa atau bagi menjana pendapatan negara sahaja, sebaliknya ia adalah institusi penting yang dikaitkan dengan usaha membanteras kemiskinan. “Sebab itu kalau tanya saya dalam bicara […]

PM sedia bawa usul pinda RUU berkaitan Mahkamah Syariah ke Parlimen

Bukit Mertajam: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) untuk mengemukakan cadangan bagi memperbaiki mutu mahkamah syariah. Ia selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat MKI kali ke-71 di Putrajaya semalam, sebagai usaha menurunkan suhu hangat politik berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 […]