Kehadiran YB Fadhlina Sidek di Nadwah Kepimpinan Islam (NKI)
HARI Keempat Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) diserikan lagi dengan Ikehadiran Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Fadhlina Sidek dalam slot Bicara Inspirasi Tokoh yang turun padang untuk bersama-sama para pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada 27 Januari 2024. Program bertempat di Dewan Al Farabi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu itu turut menerima […]
Watikah pelantikan barisan pimpinan RSY UniSZA
MAJLIS Watikah pelantikan barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Januari. Anual Grand Meeting (AGM) yang dijalankan oleh barisan pimpinan Rakan Siswa telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Unit IPT Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Ustaz Farisul Islam Fakhrul Adabi. Turut sama menghadiri majlis […]
PERASMIAN Konvokesyen Tadika dan Taska Homalee
PERASMIAN Konvokesyen Tadika dan Taska Homalee di Kota Bharu memulakan program Yang Dipertua YADIM di Kelantan pada 27 Januari. Program di Gelanggang Seni, Kota Bharu itu dihadiri seramai 300 orang ibu bapa dan pelajar. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menyampaikan sijil tamat pedidikan kepada semua pelajar yang hadir selain beberapa hadiah kecemerlangan. Para pelajar juga […]
YADIM Sarawak memberikan sumbangan kepada pegawai APM
JALUR Dakwah menerusi kebajikan tidak pernah dilupakan YADIM Sarawak menerusi pelbagai program yang dilaksanakan mereka. Inisiatif terbaharu mereka berlangsung pada 26 Januari apabila YADIM Sarawak menyerahkan sumbangan kepada keluarga Encik Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang cedera semasa menyelamat kanak-kanak mangsa kebakaran di Rumah Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa. […]
Program Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) KEMUDA
LENSA Hari kedua Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) pada 25 Januari bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Kembara Eksplorasi apabila para peserta perlu menyelesaikan tugasan secara berkumpulan dengan penglibatan seramai 14 orang fasilitator daripada Daie Muda YADIM (DMY) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia […]
program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam
SEMPENA Sambutan Jubli Emas YADIM, YADIM Negeri Selangor telah mengadakan program Pemantapan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 25 Januari dengan tajaan tempat di Dewan Deen Catering, Kampung Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam. Program tersebut telah dihadiri hampir 130 orang sukarelawan. Ia dimulakan dengan taklimat mengenai YADIM dan SAY oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, […]
Mesyuarat jawatankuasa sidang editorial jurnal YADIM kali ke-8 Bil. 1/2024
MESYUARAT Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM kali ke-8 BIL. 1/2024 telah diadakan pada 24 Januari 2024 yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Sharifah Hayati Binti Syed Ismail (Universiti Malaya). Mesyuarat kali ini menumpukan tentang usaha mengemaskini perjalanan gerak kerja jawatankuasa Sidang Editoral Jurnal YADIM agar setiap AJK dapat memainkan peranan dengan lebih inklusif dan bermakna ke […]
Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif
YADIM telah menghantar seorang pegawainya, Cik Nathrah Mohammed Said, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Sektor Perancangan Strategik & Media bagi menyertai Bengkel Persediaan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2024 pada 22 hingga 24 Januari. Kursus bertempat di Institut Latihan FAMA Port Dickson, Negeri Sembilan (ILFPD), yang dikendalikan oleh […]
Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM
LENSA Forum Perdana Ehwal Islam Khas serta Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM di Masjid Putra, Putrajaya pada 24 Januari. Forum berkenaan menampilkan dua mantan Yang Dipertua iaitu Datuk Haji Nakhaie Ahmad dan Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki serta Yang Dipertua yang terkini, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Dijayakan dengan kerjasama JAKIM, ia […]
Watikah perlantikan MAIM, NUIM dan MAWIM
BERTUJUAN Memperkasa dan menyelaras gerakan dakwah negara, seramai 60 anggota jawatankuasa badan Islam bersama YADIM menerima watikah lantikan masing-masing di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 24 Januari. Watikah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan. Enam puluh anggota jawatankuasa berkenaan masing-masing mewakili […]