Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki
YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika ini mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Isu Gaza di Istanbul, Turki. Turut hadir bersama ialah Dr. Shamsul Azhar Yahya dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia). Bertujuan mengangkat peranan ulama dunia dan media massa terhadap rakyat Gaza, ia […]
Program ‘Madani Care’ anjuran YADIM Terengganu
PULAU Perhentian menjadi lokasi seterusnya program bersama masyarakat oleh YADIM Terengganu Ramadan ini. Program pada 22 Mac ini menyaksikan YADIM Terengganu ke Pulau Perhentian bagi menyampaikan bantuan pakaian sekolah yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 70 orang murid warga pulau berkenaan. Turut sama membantu menjayakan program ‘Madani Care’ anjuran YADIM Terengganu ialah En Zainudin Mohd, […]
Yadim Pahang menyantuni komuniti orang asli
YADIM Pahang terus konsisten turun padang menyantuni komuniti Orang Asli. Terbaharu bersama warga Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) , Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Perkim Pahang, MRA dan berbagai institusi kali Ramadan ini. Pada 23 Mac seramai 75 orang sukarelawan telah berkampung seharian di Kampung […]
Nur Ramadan (Singgah Sahur Madani – Frontliner)
SABAN Tahun, petugas barisan hadapan pasti disantuni YADIM. Pengorbanan mereka sentiasa diingati dan selayaknya diberikan penghargaan. Sesuai dengan itu, Program YADIM Peduli : Nur Ramadan (Singgah Sahur Madani – Frontliner) telah berlangsung di sekitar Sungai Petani, Kedah pada 22 Mac. Program ini dijayakan dengan kerjasama seramai 20 Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani yang telah sama-sama […]
Ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli
KOMUNITI Orang Asli di Selangor tidak dilupakan sepanjang Ramadan ini. YADIM Selangor pada 22 Mac telah melaksanakan program ziarah dan berbuka puasa bersama komuniti Orang Asli Kampung Kachau Luar, Semenyih. Penolong Pengarah YADIM Selangor, Encik Muhamad Hafizuddin Mohd Daud bersama pelajar Latihan Industri YADIM Selangor, saudara Muhammad Hafiy Dinie Mat Zailani, telah hadir ke kampung […]
Ziarah Rahmah: Santuni Rumah Bakti Nur Ain
ANAK-Anak yatim dan asnaf sentiasa dekat dengan YADIM. Pelbagai program menyantuni mereka diatur saban masa. Terbaharu, YADIM Selangor pada 22 Mac telah berkunjung dan menyantuni Rumah Bakti Nur Ain di Bandar Baru Bangi menerusi program Ziarah Rahmah. Penolong Pengarah YADIM Selangor bersama saudara Muhammad Hafiy Dinie Mat Zailani, pelajar Latihan Industri YADIM Negeri Selangor telah […]
Program Ihya’ Ramadan di Pejabat Kesihatan Daerah Marang
PROGRAM Ihya’ Ramadan Pejabat Kesihatan Daerah Marang telah berlangsung baru-baru ini dengan pelbagai pengisian oleh YADIM Terengganu. Turut sama menjayakan program ini ialah Kelab Sukan dan Kebajikan Kesihatan cawangan Marang (KESUKES). Dimulakan dengan ceramah oleh pensyarah Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir yang menyentuh tentang kepentingan Ramadan diisi dengan inisiatif menambah […]
Program Ziarah Kasih Madani 2.0
RAMADAN Kali ini terus dipenuhi YADIM dengan pelbagai program bermanfaat dan menyantuni masyarakat. Di Meru Perak, dengan kerjasama Masjid Al Fateh, seramai 100 keluarga di sekitar Taman Meru 3C pada 22 Mac disantuni oleh Bahagian Khidmat Bakti (BKB) YADIM menerusi program Ziarah Kasih Madani 2.0. Mereka yang disantuni merupakan warga emas, asnaf dan pesakit kronik […]
Majlis Iftar Madani Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh
YADIM Kelantan telah menganjurkan Majlis Iftar Madani dengan kerjasama Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh pada 21 Mac. Seramai 150 orang hadir ke program in. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah menyampaikan tazkirah ringkas dan seterusnya menyampaikan sumbangan bekalan makanan asas kepada 30 keluarga asnaf. Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah […]
Filem ada unsur LGBTQ, Islamofobia tak akan diluluskan
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah meratifikasi sebarang konvensyen antarabangsa berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mengiktiraf gaya hidup kumpulan berkenaan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan bagi filem yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat. Katanya, mana-mana filem yang memaparkan kandungan […]