Home » Langit Terbuka » OIC lancar kempen tekan Myanmar

OIC lancar kempen tekan Myanmar

Penderitaan masyarakat Rohingya memerlukan perhatian antarabangsa. (gambar hiasan)

DHAKA –  Menteri Luar negara Islam hari ini melancarkan kempen menggerakkan sokongan antarabangsa bagi tindakan ke atas Myanmar berhubung krisis pelarian Rohingya.

Menteri Luar dan diplomat 53 negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) menubuhkan satu jawatankuasa kempen ketika rundingan dua hari di ibu kota Bangladesh.

Setiausaha Agung OIC, Yousef Ahmed Al-Othaimeen menggelar tindakan itu langkah penting ke arah menamatkan krisis susulan perpindahan beramai-ramai 700,000 Muslim Rohingya dari Myanmar di kem Bangladesh.

Katanya, jawatankuasa baharu itu ‘akan menggerak dan menyelaras sokongan politik antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan pelanggaran hak asasi manusia ke atas masyarakat Rohingya.

Satu kempen tentera dilancarkan di Rakhine, Myanmar Ogos lalu menjurus kemasukan beramai-ramai minoriti Islam itu ke Bangladesh di mana mereka menyertai 300,000 pelarian yang sudah menghuni kem daif susulan keganasan terdahulu. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *