Home » Langit Terbuka » “Nur” dapat sentuhan JAKIM

“Nur” dapat sentuhan JAKIM

Salah satu babak dalam drama Nur - BeautifulNara

 

Kuala Lumpur – Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama bersiri popular yang mendapat tempat di hati peminat, ‘Nur’, berkata, skrip drama itu dirujuk terlebih dahulu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Masa saya dapat projek ni dulu, TV3 tanya dengan saya: ‘Abang nak sentuh macam mana?, baik kita communicate dengan JAKIM macam mana’.” “JAKIM beritahu kami Do’s and Don’ts. Dan saya pegang Do’s and Don’ts itu.” Ujar Ezad dalam wawancaranya bersama stesen radio Kool FM, dia juga memberitahu tidak akan menyentuh soal hukum-hakam dan Syariah dalam drama arahannya.

Drama Nur lakonan Shafiq Kyle dan Amyra Rosli memulakan episodnya pada 14 Mei lalu bersiaran sebanyak 19 episod di Slot Samarinda TV3, berjaya menarik sehingga 9 juta penonton. – Menara

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *