Home » Semasa » Nilai Musibah Kepada Orang Islam

Nilai Musibah Kepada Orang Islam

Segala kejadian yang menimpa manusia sehingga menimbulkan rasa sedih atau penderitaan baginya disebut musibah. Ada hal-hal yang tidak diinginkan atau dihindari, ada pula yang diinginkan oleh manusia. Manusia mencuba seboleh mungkin untuk menghindari musibah, seperti bencana dan malapetaka, kerana tidak ada orang yang menginginkan kesedihan atau penderitaan.

Musibah berasal daripada Allah s.w.t dan tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun. Musibah tidak membeza-bezakan manusia. Musibah boleh datang menimpa semua orang, mukmin atau kafir, kaya atau miskin, yang berbeza adalah sikap manusia dalam menghadapi musibah yang datang.

Ada yang menghadapinya dengan tabah dan sabar, ada pula yang bersikap sebaliknya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani nabi s.a.w bersabda yang bermaksud “apa yang menimpa manusia berupa yang tidak dikehendakinya itu namanya musibah”.

Musibah tidak membezakan sasaran yang dikenainya. Ia juga menimpa manusia yang soleh (seperti seorang nabi) atau manusia yang biasa berbuat maksiat.

Jika datang kepada manusia soleh, maka musibah harus dilihat sebagai penguji keimanan, sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah al- Baqarah ayat 155 dan 156.

Tetapi jika menimpa orang yang biasa berbuat maksiat, maka musibah harus diertikan sebagai seksaan. Lihat surah Muhammad ayat 10.

Musibah secara lahiriah tidak menyenangkan, namun bagi orang yang soleh hakikatnya diertikan sebagai tujuan untuk meningkatkan darjat keimanannya di sisi Allah. Musibah yang menimpa manusia bermacam-macam. Semakin maju ilmu dan teknologi yang dimiliki, semakin banyak musibah yang datang. Dulu, musibah yang menimpa manusia hanya meliputi kejadian seperti sakit, meninggal dunia, bencana alam, wabak penyakit dan kelaparan. Kini, pelbagai musibah lain yang datang seperti kecelakaan lalu lintas seperti kapal terbang jatuh, kereta berlanggaran antara satu sama lain dan komputer diserang virus. Semua hal ini merupakan musibah yang membawa kerugian kepada manusia.

Meskipun musibah adalah kejadian yang tidak diinginkan, bagi orang beriman, musibah merupakan ujian untuk meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. (Surah al-Ankabut ayat 2-3 dan Surah Muhammad ayat 10)

Doa Nabi Ayyub a.s yang didatangi berbagai cubaan, sangat menarik untuk dihayati. “Ingatlah akan hamba Kami, Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan.” Perhatikanlah begaimana beliau tidak menyatakan bahawa yang menjadikan beliau sakit dan ditimpa berbagai cubaan adalah Allah s.w.t, tetapi syaitan. Sebabnya kerana sangat tidak wajar menisbahkan keburukan kepada Allah s.w.t. Nabi Ibrahim pun berucap demikian, “Kalau aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkanku.”

Agama tidak melarang kita mengeluh, lebih-lebih lagi kalau keluhan ditujukan Allah sambil berusaha. Ketika itu, keluhan menjadi tanda optimis. Para nabi pun mengeluh, Ingatlah hamba kami, Ayyub, ketika dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan.” Dengarkan juga keluhan Nabi Yaakub a.s yang ucapannya diabadikan di dalam al-Quran, “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahanku dan kesedihanku.” Nabi Muhammad s.a.w juga demikian, beliau mengeluh ketika di Mekah ditolak dan di Thaif pun diganggu, “Wahai Tuhanku! Kepada siapa Engkau serahkan aku? Kepada musuh yang selalu menggangguku atau kepada teman yang patah sayap menghadapiku? Akan tetapi, selama Engkau tidak murka kepadaku, aku sama sekali tidak peduli.”

Seorang muslim diwajibkan menghindari musibah dan mengatasi musibah yang menimpa dirinya. Contohnya ialah seseorang itu mesti menjaga kesihatan supaya tidak terkena penyakit. Namun apabila sakit, maka ia perlu mengubati penyakit itu agar sembuh. Usaha yang harus dilakukan oleh manusia untuk menghindari musibah bukan hanya dengan menghadapinya tetapi juga dengan mencegahnya.

Selain itu, Allah juga mengingatkan orang-orang yang beriman agar tidak menjatuhkan diri mereka ke dalam kebinasaan.

Islam memberikan panduan bagaimana seorang Muslim seharusnya tabah menghadapi musibah. Jika musibah datang menimpa, maka ia harus mengucapkan dan menyedari makna kalimah istirja’, iaitu `Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (seungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali).’ (Surah al-Baqarah ayat 156) Bersikap sabar dan tidak putus asa dalam menhadapi musibah, serta menerima musibah itu dengan ikhlas dan tidak menyesalinya, kerana itu adalah takdir daripada Allah s.w.t. ABABIL

 

 

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *