- Ukhwah membolehkan kita merasa kemanisan iman.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada tiga golongan yang dapat merasakan manisnya iman: orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri, mencintai seseorang kerana Allah, dan ia benci kembali pada kekafiran sebagaimana ia benci jika ia dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Bukhari).
- Dengan ukhwah kita akan berada di bawah naungan cinta Allah dan dilindungi di bawah Arsy-Nya.
Di akhirat Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku, maka hari ini Aku akan menaungi mereka dengan naungan yang tidak ada naungan kecuali naungan-Ku.” (HR Muslim). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di tengah perjalanan, Allah mengutus malaikat-Nya. Ketika berjumpa, malaikat bertanya: “Mahu ke mana?” Orang tersebut menjawab: “Saya mahu mengunjungi saudara di desa ini.” Malaikat bertanya: “Apakah kau ingin mendapatkan sesuatu keuntungan darinya?” Ia menjawab: “Tidak. Aku mengunjunginya hanya kerana aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat pun berkata: “Sungguh utusan Allah yang diutus padamu memberi khabar untukmu, bahawa Allah telah mencintaimu, sebagaimana kau mencintai saudaramu kerana-Nya.”(HR Muslim).
- Dengan ukhwah kita akan menjadi ahli syurga di akhirat kelak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengunjungi orang sakit atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka malaikat berseru: “‘Berbahagialah kamu, berbahagialah dengan perjalananmu, dan kamu telah mendapatkan salah satu tempat di syurga.” (HR al-Tirmizi). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di sekitar arasy Allah ada mimbar-mimbar dari cahaya. Di atasnya ada kaum yang berpakaian cahaya. Wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukanlah para nabi dan bukan juga para syuhada. Dan para nabi dan syuhada cemburu pada mereka kerana kedudukan mereka di sisi Allah.” Para sahabat bertanya: “Beritahulah kami tentang sifat mereka wahai Rasulullah. Maka Rasul bersabda yang bermaksud: “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, bersaudara kerana Allah, dan saling mengunjungi kerana Allah.” (Hadis yang ditakhrij Al-Hafiz Al-Iraqi, ia mengatakan para perawinya tsiqat (berwibawa).
- Bersaudara kerana Allah adalah amalan mulia yang akan mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya.
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang darjat iman yang paling tinggi, Baginda bersabda yang bermaksud: “…Hendaklah kamu mencintai dan membenci kerana Allah…” Kemudian Rasul ditanya lagi: “Selain itu apa wahai Rasulullah?” Rasul menjawab, “Hendaklah kamu mencintai orang lain sebagaimana kamu mencintai dirimu sendiri, dan hendaklah kamu membenci bagi orang lain sebagaimana kamu membenci bagi dirimu sendiri.” (HR Al-Munziri).
- Dengan ukhwah dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika dua orang Muslim bertemu dan kemudian mereka saling berjabat tangan maka akan berguguran dosa-dosanya sebagaimana daun pohon berguguran.” (HR Ath-Thabraniy dalam Al-Ausath (245). Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albaniy dalam Sahih At-Targhib (no.2720)- MAJALAH DAKWAH
KOMEN