PELANCONGAN Islam semakin menjadi fokus di banyak negara kini dan ini termasuklah New Zealand.
Bagi menarik kemasukan pelancong Islam ke negara berkenaan, Tourism New Zealand telah mengeluarkan Panduan Makanan Halal yag lengkap dengan mekluma kulinar halal di negara itu.
Pengarah Wilayah Selatan dan Asia Tenggara Tourism New Zealand, Steven Dixon menjelaskan, panduan berkenaan menunjukkan komitmen New Zealand untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim.
“Usaha ini sekaligus memperkuatkan lagi kedudukan kami sebagai destinasi pilihan pelancong Muslim,” ujarnya dalam satu siaran akhbar.
Panduan Makanan Halal edisi terbaru itu memiliki lebih dari 289 tambahan restoran dan kafe, meningkat 51 peratus berbanding edisi sebelumnya.
Panduan berkenaan menawarkan pelbagai restoran halal di beberapa wilayah termasuk Whangarei dan Marlborough.
Para pelancong juga boleh menggunakan panduan berkenaan untuk mencari pasaraya serta restoran makana segera yang mempunyai sijil halal.
Dixon menjelaskan, pihaknya telah melihat perkembangan pesat kedatangan pelancong dari Asia Tenggara.
“Oleh yang demikian, kami ingin memastikan pelancong Muslim juga memiliki akses mudah untuk mendapatkan informasi mengenai pilihan makanan halal di New Zealand,” katanya.
Panduan Makanan Halal merupakan hasil kerjasama Tourism New Zealand, Kiwi Muslim Directory dan Persekutuan Persatuan-persatuan Islam NewZealand (FIANZ).
Panduan berkenaan turut menyediakan informasi tempat-tempat untuk dilawati secara umum, serta dilengkapi dengan 576 restoran mempunyai sijil  halal.
Pengarah FIANZ Hazim Arafeh, berkata, dengan semakin berkembangnya industri pelancongan halal secara global, Panduan Makanan Halal ini menjadi sumber informasi berguna bagi pelancong Muslim ketika berkunjung ke New Zealand.
“Kami berharap, para pelancong Muslim memberikan kepercayaan kepada New Zealand selama kunjungan mereka,” ujarnya.
Beberapa cadangan pilihan tempat makan yang halal ketika di negara berkenaan, termasuk Bawarchi Indian Restaurant di Central Auckland, Garudas Food Truck di Wellington, The Herb Centre Caf di Christchurch, dan KL Aroma Restaurant di Dunedin. – REPBULIKA
KOMEN