Home » Langit Terbuka » Netanyahu berkeras hanya mahu Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel

Netanyahu berkeras hanya mahu Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel

BAITULMAQDIS, 24 Mei – Biarpun tidak mendapat sokongan antarabangsa, Benjamin Netanyahu tetap berkeras mahu menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel.

Perdana Menteri rejim Zionis itu menegaskan Baitulmaqdis selama-selamanya akan menjadi ibu kota wilayah Yahudi.

“Saya ingin tegaskan kepada seluruh dunia, Baitulmaqdis sudah dan akan terus menjadi ibu negara Israel.

“Temple Mount dan Tembok Barat kekal dalam kedaulatan Israel,” katanya. Netanyahu berkata demikian kepada ribuan penduduk yang menghadiri pesta meraikan ulang tahun ke-50 pencerobohan Israel ke atas timur Baitulmaqdis dalam Perang Enam Hari.

Tembok Barat adalah peninggalan akhir tembok sokongan kuil Yahudi kedua, dibina oleh Raja Herod dan dimusnahkan oleh kerajaan Roman pada tahun 70 Selepas Masihi.

Netanyahu juga dipercayai berkata demikian menjelang lawatan Presiden Donald Trump.

Trump dijangka berada di Israel hari ini dan menjadi presiden Amerika Syarikat (AS) pertama melawat Tembok Barat. – Agensi

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *