SEBERANG PERAI – Bertempat di Restoran Nelayan Batu Ujong di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah menyantuni kalangan nelayan dari kawasan ini.
Menerusi program YADIM Peduli dan YADIM Interaktif bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, seramai 50 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian.
Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Nasri sebelum penyampaian sumbangan dilaksanakan.
Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan dan Timbalan Pengarah LKIM Pulau Pinang, Noorhisham Abd Majid.
Mohd Afifi dalam ucapannya menyatakan LKIM sebagai rakan sinergi yang baharu dan pelbagai program bersama telah dirancang untuk dilaksanakan.
Ia termasuklah program pembangunan modal insan, kursus keluarga bersama nelayan dan program sahsiah bersama anak anak nelayan.
KOMEN