Home » Citra Yadim » Nelayan pesisir pantai disantuni YADIM Sabah

Nelayan pesisir pantai disantuni YADIM Sabah

KUALA PENYU – Usaha menyantuni mereka yang terjejas dengan Covid-19 konsisten dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah.

Selepas di Kota Belud, program yang sama diadakan di Kampung Lambidan di sini pada 27 Januari.

Seramai 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki.

Pada hari yang sama, YADIM Sabah menyertai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Badan Dakwah Daerah Kecil Menumbok Kuala Penyu menyantuni 2 keluarga terlibat kebakaran yang mengorbankan seorang lelaki di Kampung Malikai di sini.

YADIM Sabah menyumbangkan barangan keperluan harian untuk kedua keluarga tersebut.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *