BRUSSLES, Khamis – Lembaga Luar Negara, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), telah bersepakat untuk menghantar pesawat, kapal perang dan sistem pertahanan peluru berpandu ke wilayah Turki, untuk melindungi negara anggotanya yang kini sedang bertelagah dengan Russia.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapannya semalam mengatakan bahawa organisasi itu menunggu komitmen serupa dari negara sekutu lain untuk segera menghantar bantuan ketenteraan ke Turki.
Dalam mesyuarat tersebut, Inggeris memutuskan untuk menghantar pesawat pejuang ke Turki, Sepanyol menghantar sistem peluru berpandu Patriot manakala Jerman dan Denmark pula akan menghantar kapal operasi taktikal ke Laut Mediterranean serta sebuah pesawat radar “AWACS”.
Menurut portal Eramuslim, keputusan ini dibuat NATO dalam pertemuan rutin di Brussels iaitu ibu negara Belgium oleh kerana konflik antara Turki dan Russia yang semakin meruncing selepas insiden tembak jatuh SU- 24 milik Russia pada 24 November lalu.
NATO adalah sebuah organisasi antarabangsa untuk keselamatan bersama yang ditubuhkan pada tahun 1949 sebagai bentuk sokongan terhadap Perjanjian Atlantik Utara yang ditandatangani di Washington DC pada 4 April 1949.
Sumber daripada www.ismaweb.com
KOMEN