Home » Langit Terbuka » Nasib adik Rayhan dapat perhatian JPM dan YADIM

Nasib adik Rayhan dapat perhatian JPM dan YADIM

LAHAD DATU – Susulan siaran berita di Astro AWANI semalam (14 Januari) mengenai nasib kanak-kanak lima tahun Muhammad Rayhan Jilhan yang menghidap ‘Hidrosefalus’, sejenis penyakit ketumbuhan otak di Lahad Datu hari ini (15 Februari) mendapat perhatian daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau telah menghubungi dan mewakilkan pihak Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Cawangan Negeri Sabah untuk membuat lawatan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Rayhan di Kampung Desa Bajau.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Sabah, Haji Samin Ongki yang mewakili acara penyampaian sumbangan itu berkata, pihaknya dihubungi oleh Yang Berhormat Menteri Agama setelah melihat laporan Astro AWANI semalam.

“Alhamdulillah pada petang ini saya mewakili Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan juga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia tampil untuk menyampaikan sumbangan kepada anakanda Rayhan yang sedang diuji oleh Allah dengan sakit yang berada pada tahap empat.

“Saya diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga barangan makanan untuk mambantu meringankan keluarga memandangkan ayahanda kepada Rayhan ini pun tidak mempunyai pekerjaan pada masa ini kesan daripada PKP,” kata beliau.

Ibu Rayhan, Julianah Mad Salli berkata anaknya itu lahir dan membesar normal seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang tanda akan sakit sehingga dia tiba-tiba rebah pada bulan November 2019 lalu dan doktor sahkan penyakit yang dihidapinya sudah di tahap kritikal.

Menurut Julianah, anaknya itu telah menjalani beberapa rawatan membuang lebihan air pada kepala dan ditahan di wad untuk beberapa waktu dan kini meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah kerana untuk penyakit tersebut tahap empat merupakan tahap yang tidak mempunyai sebarang harapan untuk hidup.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *