KUCHING  – Bersempena dengan program Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuching telah mengagihkan 100 pek makanan berupa nasi kerabu di sekitar bandaraya  ini pada 7 Mei.
Pengagihan pek makanan tersebut telah bermula pada jam 3.00 petang.
Destinasi pertama agihan pek makanan tersebut adalah di Rumah Perantaraan Negeri Sarawak, Jabatan Penjara Malaysia.
Seterusnya mereka ke Rumah Anjung Singgah Kuching yang merupakan rumah persinggahan sementara untuk golongan gelandangan di sekitar bandaraya ini.
Turut  disantuni adalah pejabat RTM Kuching, kakitangan stesyen minyak Petronas Jalan Astana Kuching serta masyarakat di sekitar Kuching.
Agihan tersebut diketuai oleh Zamri Bali bersama tiga kakitangan YADIM dan dibantu oleh dua orang ahli SAY Kuching.
Projek Kongsi Rezeki ini merupakan aktiviti rutin YADIM Sarawak yang dilaksanakan pada setiap minggu bagi menyantuni golongan sasar dan penduduk setempat di samping menyemarakkan bulan Ramadan kali ini dengan aktiviti amal kebajikan.
KOMEN