Home » Langit Terbuka » Seratus masjid sebagai Pusat Pembangunan Umat terbaik 2024

Seratus masjid sebagai Pusat Pembangunan Umat terbaik 2024

Turut menjadi keutamaan kerajaan negeri ialah pembangunan ekonomi masjid dan kebajikan kariah dan akhir sekali urus tadbir kewangan dan pengurusan masjid berkualiti, kata Menteri Besar Negeri Sembilan - Foto Flickr

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan 100 masjid di negeri ini dijadikan sebagai Pusat Pembangunan Umat Terbaik menjelang 2024.

Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun berkata untuk merealisasikan matlamat tersebut, kerajaan negeri menyasarkan tujuh inisiatif perlu dicapai bagi menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan tersebut.

“Antara yang perlu diberi keutamaan adalah meningkatkan jumlah mereka (masyarakat) yang berjemaah di masjid, pembangunan dakwah dan pendidikan yang berkesan secara menyeluruh, pembangunan belia dan remaja kariah.

“Selain itu, turut menjadi keutamaan ialah pembangunan ekonomi masjid dan kebajikan kariah, dan akhir sekali urus tadbir kewangan dan pengurusan masjid berkualiti,” katanya ketika merasmikan Seminar Pengurusan Masjid Negeri Sembilan di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik dan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Katanya, bagi mencapai hasrat tersebut kerajaan negeri berharap semua pihak dapat memainkan peranannya dalam mengukuhkan institusi Islam di negeri ini.

“Jika kita mahu melihat perubahan pada umat Islam pada masa akan datang, kita harus memulakannya dari sekarang. Sekalipun perubahan yang kecil impaknya akan dirasakan besar sekiranya dilakukan secara konsisten,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *