NAPYIDAW, 20 Okt. – Tentera Myanmar menyekat penghantaran bantuan makanan untuk lebih daripada 80,000 minoriti Rohingya di Rakhine, kata Program Makanan Dunia PBB (WFP).
WFP dalam satu kenyataan berkata, kawasan minoriti di utara negeri itu telah ditutup susulan serangan ke atas pondok polis yang didakwa dilakukan oleh pejuang Rohingya.
Kenyataan itu berkata, kebiasaannya WFP memberi makanan kepada 80,000 hingga 85,000 penduduk di kawasan yang bersempadan dengan Bangladesh.
Namun, penghantaran bantuan terganggu kebelakangan ini selepas tentera tidak membenarkan sebarang kemasukan makanan ke kawasan berkenaan.
Pegawai WFP, Arsen Sahakyan berkata, kawasan itu telah dikawal ketat oleh rejim Myanmar sehingga menyukarkan bantuan untuk mengakses masuk ke mana-mana kawasan.
“Kawasan yang kita biasa beroperasi juga turut dikawal,” katanya.
Rakhine adalah kawasan di mana kumpulan minoriti Islam Rohingya di negara itu berdepan dengan penganiayaan sistematik sejak rusuhan tercetus pada tahun 2012.- Agensi
KOMEN