Home » Langit Terbuka » Myanmar belum selamat untuk Rohingya: PBB

Myanmar belum selamat untuk Rohingya: PBB

Filippo Grandi. Foto : https://www.abc.net.au

NEW YORK (PBB) 14 Feb. – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, Filippo Grandi, berkata Myanmar masih gagal memenuhi tahap keselamatan diperlukan bagi menyambut ketibaan 688,000 pelarian Rohingya.

Grandi berkata demikian pada mesyuarat Majlis Keselamatan (UNSC) menerusi sidang video dari Geneva.

“Biar saya jelaskan: situasi tidak cukup kondusif untuk melaksanakan program penghantaran pulang secara sukarela pelarian Rohingya.

“Punca yang menyebabkan mereka melarikan diri juga masih belum ditangani.

“Kita juga masih belum melihat usaha untuk menangani isu hak asasi yang mereka hadapi serta masalah kewarganegaraan yang sudah berlarutan sejak sedekad lalu,” katanya.

Kerajaan Myanmar menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang dari Bangladesh, sekali gus menafikan hak kewarganegaraan mereka, walaupun sudah tinggal di negara itu selama beberapa generasi. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *