Home » Langit Terbuka » Muslim Pro Malaysia atasi gergasi teknologi sebagai aplikasi mudah alih utama

Muslim Pro Malaysia atasi gergasi teknologi sebagai aplikasi mudah alih utama

Pengurus Muslim Pro Malaysia Nik Emir Din berkata, aplikasi mudah alih itu masih menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan dari segi jumlah muat turun pada setiap hari dan berharap untuk mencatat jumlah tertinggi baharu pada akhir Ramadan. - Foto Aptoide

KUALA LUMPUR – Muslim Pro, aplikasi mudah alih Islam yang komprehensif, menjadi aplikasi mudah alih yang dimuat turun nombor satu negara pada awal Ramadan, mengatasi gergasi teknologi global seperti Facebook, Whatsapp dan Instagram.

Dalam kenyataan hari ini (16 Mei), Muslim Pro Malaysia berkata dengan lebih 70 juta muat turun di lebih 200 negara, penggunaan aplikasi mudah alih itu meningkat pada bulan puasa, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global, berikutan ramai pengguna log masuk untuk mengetahui masa Sahur dan Iftar, membaca Quran dan menggunakan ciri-ciri keagamaan lain.

Pengurus Negara Nik Emir Din berkata aplikasi mudah alih itu masih menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan dari segi jumlah muat turun pada setiap hari dan berharap untuk mencatat jumlah tertinggi baharu pada akhir Ramadan.

“Banyak persediaan telah dibuat oleh Muslim Pro Malaysia menjelang bulan tersebut untuk mengukuhkan ciri-ciri aplikasi mudah alih itu dan meningkatkan tahap libat urus.

“Ini termasuk pelancaran bahagian kandungan baharu yang menampilkan artikel dan video berkaitan gaya hidup Islam untuk melengkapi ciri-ciri teras kami iaitu waktu solat, Quran dan arah Kiblat, sekali gus melengkapkan pengalaman pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut pada bulan Ramadan,” kata Nik Emir.

Terdapat di App Store Apple dan Google Play Store, Muslim Pro merupakan aplikasi mudah alih terbesar di dunia untuk umat Islam, menawarkan ciri-ciri keagamaan, gaya hidup dan komuniti yang komprehensif.

Ia telah membuka pejabat di Malaysia pada tahun lepas dengan misi untuk terus mengukuhkan jenama dan kedudukan di negara ini, berikutan rakyat Malaysia menyumbang kira-kira satu persepuluh daripada jumlah penggunanya.

Muslim Pro bekerjasama dengan jenama utama seperti Boost, Shopee, Zurich Malaysia dan Senheng sepanjang Ramadan untuk menawarkan kepada pengguna harga promosi istimewa bagi langganan Premium melalui saluran dalam talian dan luar talian.- Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *