LUBUK REDAN – Seramai 150 penduduk di daerah ini menerima manfaat menerusi program Musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di sini pada 27 Februari.
Program yang mensasarkan golongan B40 dan OKU itu diadakan dengan kerjasama Masjid Al Anshariah Kampung Lubok Redan, Sukarelawan YADIM, Persatuan Alumni Politeknik Melaka serta Jawatankuasa Masyarakat Kampung Lubok Redan.
Hadir sama ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara, Yang Berhormat Datuk Haji Md Rawi Mahmud, merangkap Timbalan Pengerusi Masjis Agama Islam Melaka dan Penasihat Masjid Al-Anshariah Lubuk Redan, Pengerusi Masjid Al Anshariah Kampung Lubok Redan, Dr Husni Abd Wahab serta Penyelaras YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim.
Simbolik penyerahan barangan sumbangan dilakukan di Masjid Redan di sini, sebelum peserta program mengadakan ziarah ke rumah rumah yang dikenalpasti untuk menyampaikan sendiri barangan sumbangan.
KOMEN