TELOK PANGLIMA GARANG –
Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di mukim ini menyebabkan ramai yang terjejas, malah ada yang terputus bekalan barangan keperluan dapur.
Cakna dengan situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat telah bergerak menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepada 10 buah keluarga yang terjejas pada 4 Jun.
Mereka yang di santuni termasuklah golongan B40, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta keluarga yang dikuarantin akibat positif Covid-19.
Turut menerima sumbangan ialah dua beradik OKU yang menghidap penyakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis.
Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.
KOMEN