Home » Citra Yadim » Musaádah peniaga kecil YADIM Kedah

Musaádah peniaga kecil YADIM Kedah

GUAR CHEMPEDAK – Seramai 70 peniaga kecil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak dan DUN Gurun di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah menerusi program YADIM Peduli: Musaadah Peniaga dan Penjaja Kecil.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria mewakili badan dakwah ini dalam acara ringkas penyampaian. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Jerai, Yang Berhormat Ustaz Sabri Azit, Setiausaha Kehormat Khidmat Malaysia Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad dan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ustaz Mohamad Ismail.

Kesemua yang disantuni menerima barangan keperluan makanan dan sedikit wang tunai.

Program ini merupakan anjuran bersama YADIM Kedah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai dan Pertubuhan Darul Aman Care.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *