MACHANG – Siri menyantuni pemandu bas dan van sekolah di negeri ini diteruskan dengan siri ketiga oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.
Pada 18 Februari seramai 39 pemandu dari daerah Machang dan Pasir Puteh menerima bantuan berupa barangan makanan asas.
Agihan telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Pangkal Meleret, Machang.
Hadir ke acara ini adalah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, Ketua Sukarelawan YADIM Machang, Muhammad Khairul Che Khalid dan Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat.
Seterusnya pihak urusetia bertolak ke Kuala Krai bagi menyampaikan sumbangan kepada pemandu dari daerah Kuala Krai dan Gua Musang pula.
Seramai 14 pemandu menerima sumbangan yang diadakan di hadapan Surau Puspakom Kuala Krai.
Hadir menyampaikan sumbangan adalah Penolong Ketua Jajahan Kuala Krai, Mohd Aiman Haji Mohd Hassan Hilmi.
KOMEN