TUMPAT – Selepas Bachok dan Kota Bharu, hari ini (17 Februari) giliran para pemandu bas sekolah di kawasan ini dan Tanah Merah menerima bantuan menerusi program Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.
Agihan pertama dilakukan di Pantai Geting di sini apabila seramai 22 pemandu disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian.
Hadir ke acara sumbangan ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang, Pengerusi Sukarelawan YADIM Kelantan, Yang Mulia Tuan Hazli Tuan Mamat dan Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kelantan, Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat.
Selesai di sini, agihan diteruskan di Dataran Pechong, Tanah Merah yang melibatkan 26 orang dari daerah Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Tanah Merah, Sofian Amir Che Soh.
KOMEN