Home » Citra Yadim » Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

KOTA BHARU – Sekolah masih belum dibuka, tetapi perbelanjaan untuk penyelenggaraan bas dan van tetap perlu dikeluarkan.

Tanpa pelanggan (pelajar sekolah),bagaimana pula hendak mendapatkan sumber pendapatan.

Demikian dilema dihadapi pemandu bas dan van sekolah seluruh negara. Mereka kini berdepan dengan cabaran mengekalkan perniagaan mereka, walaupun masa depannya masih kelam ekoran Covid-19 yang masih berleluasa.

Cakna dengan kesulitan dihadapi mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 16 Februari telah mengadakan program Musaadah Pemandu Bas dan Van Sekolah di depoh syarikat Asiajaya Travel Sdn. Bhd. di sini.

Seramai 118 pengusaha bas dan van sekolah dari Kota Bharu dan Bachok menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi program ini.

Sumbangan  disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ahmad Fathan Mahmood merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang dan Pengerusi Pengusaha-Pengusaha Bas Kelantan Wan Mohd Nuhairi Wan Hamat serta ahli jawatankuasa peringkat negeri dan Kota Bharu.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *