TOK BALI – Menjadi lumrah setiap kali tibanya musim tengkujuh seperti ketika ini, nelayan Pantai Timur dilanda kerisauan akibat cuaca buruk yang melanda mengakibatkan mereka tidak dapat turun ke laut mencari rezeki.
Saat ini, tentunya bukan sedikit pendapatan yang terjejas. Ditambah pula kerisauan akibat Covid-19 yang masih ada.
YADIM Kelantan yang cakna dengan situasi ini pada 7 Januari menyampaikan sedikit sumbangan kepada 22 keluarga nelayan di Kampung Air Tawar di sini.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Yang Berhormat Wan Hassan Wan Ibrahim dalam satu majlis yang cukup santai di sebuah bangsal di sini. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang.
KOMEN