TUMPAT – Masjid Saghiri di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.
Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Tumpat pada 15 Julai.
Tiga ahli SAY Tumpat hadir ke program ini yang turut disertai oleh Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat. Hadir sama ialah Ketua SAY Tumpat, Ustaz Mohd Najib Shukri Saghiri.
Selesai kerja-kerja sanitasi, Aidi menyerahkan pek Musa’adah kepada dua orang asnaf yang tinggal berdekatan masjid.
Sebelum ini, YADIM Kelantan juga melaksanakan sanitasi di Kota Bahru, Pasir Puteh dan beberapa lagi kawasan sebagai usaha memastikan kebersihan masjid dan surau di negeri ini.
KOMEN