GUA MUSANG- Selepas Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah, jajahan ini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan.
Bertempat di Masjid Ciku 2 dan Masjid Ciku 3 di sini, YADIM Kelantan menjalankan inisiatif berkenaan pada 18 Julai dengan kerjasama Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Gua Musang.
Lima ahli SAY Gua Musang hadir ke program ini yang turut disertai oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang . Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh Yang Berhormat Amran Arifin dan Ketua SAY Gua Musang, Mohd Khairuddin Ismail
Selesai kerja-kerja sanitasi, Ustaz Mahadi menyerahkan 20 pek Musa’adah kepada Mohd Khairuddin untuk diagihkan kepada asnaf sekitar jajahan Gua Musang.
YADIM Kelantan merancang untuk mengadakan lebih banyak program menyantuni keperluan rakyat seperti ini pada masa akan datang.
KOMEN