JELI – Inisiatif sanitasi masjid oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaaysia (YADIM) Kelantan diteruskan lagi ke daerah ini pula.
Masjid Legeh dan Masjid Kampung Ayer Chanal di sini menjadi lokasi terbaharu program tersebut yang bertujuan memastikan kebersihan tempat ibadah untuk orang Islam itu pada 4 Ogos.
Tiga ahli Sukarelawan YADIM (SAY) Jeli yang diketuai Ustaz Mohd Zaidi Mustafa turut membantu menjayakan program ini. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang .
Selesai kerja-kerja sanitasi, Ustaz Mahadi menyerahkan 20 pek Musa’adah kepada asnaf sekitar Kampung Legeh dan Ayer Chanal.
YADIM Kelantan merancang untuk mengadakan lebih banyak program menyantuni keperluan rakyat seperti ini pada masa akan datang.
Sebelum ini YADIM Kelantan menjalankan kerja sanitasi di Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah dan Gua Musang.
KOMEN