SENTUL – Kelab Warga Emas 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini pada 26 November disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM).
Mereka menerima sumbangan 50 set barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin.
Kelab berkenaan di wakili oleh Pengerusinya, Hajah Maimun Md Noor.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada siri program yang dirancang diadakan untuk komuniti PPR.
Antara yang dirancang selepas ini ialah Daie Komuniti di PPR.
KOMEN