KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 27 Julai telah menyantuni seramai 70 orang pemandu kereta sewa di negeri ini yang terkesan akibat penularan Covid-19.
Mereka yang disantuni adalah pemandu kereta sewa dari bandar ini, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor.
Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Aidi Kusuma Mamat menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada para pemandu kereta sewa berkenaan mewakili badan dakwah ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Kelantan Barat, Omar Rahmat.
Para pemandu kereta sewa berkenaan mengucapkan terima kasih atas bantuan YADIM kepada mereka.
KOMEN