PASIR PUTEH – Penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang sawit tidak dinafikan ialah antara yang turut menerima kesan teruk akibat Covid-19.
Justeru bagi meringankan beban mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 Jun telah menyantuni sejumlah 50 keluarga daripada kedua golongan ini di Kampung Felcra Teratak Batu, di sini.
Acara ringkas ini diadakan di kediaman Pengerusi Pertubuhan Warisan Taqwa Islamiah Malaysia Negeri Kelantan, Ahmad Abd Rasid di sini.
Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abd Halim telah menyampaikan sumbangan berkenaan.
YADIM Kelantan merancang untuk mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang.
KOMEN