Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Bandar Baharu

Musa’adah Covid-19 di Bandar Baharu

KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan Program YADIM Peduli-Musaadah Covid 19 3.0 pada 7 Ogos 2021 di sekitar bandar ini.

Dengan  kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Belia Bandar Baharu, seramai 40 keluarga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disantuni.

Para penerima terdiri daripada
ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik dan mereka yang diberhentikan kerja menerima sumbangan barangan makanan asas seperti beras, gula, tepung minyak, teh, biskut dan lain lain.

Majlis Belia Bandar Baharu dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) yang terlibat  mengucapkan terima kasih atas keperihatinan YADIM yang membantu meringankan beban penduduk di kawasan ini.

Pegawai YADIM, Ustaz Haji Azmi Mohammad merupakan Penyelaras Program ini.

Hadir sama menjayakan program ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bandar Bahru, Ramli Sani, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Bandar Baharu Kulim, Zaidi Abd Rahman dan wakil wakil JPKK.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *