KANGAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis turut berperanan aktif menyantuni petugas barisan hadapan di negeri ini.
Bersama Rakan Siswa YADIM Perlis pada 5 Oktober, mereka telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada 20 keluarga kakitangan Kastam Perlis yang terkesan dengan penularan Covid-19 di sini.
Mereka antaranya ialah keluarga Kastam yang dikuarantin akibat wabak berkenaan serta pesakit kronik seperti yang terkena serangan angin Ahmar.
YADIM Perlis diwakili oleh Penolong Pengarahnya, Ustaz Zuhri Hussain manakala Kastam Perlis oleh Pengarahnya, Tuan Ibrahim Tuan Man.
KOMEN