Home » Citra Yadim » Musa’adah 3.0 YADIM di KOA Sungai Pergam

Musa’adah 3.0 YADIM di KOA Sungai Pergam

KEMAMAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu telah menyalurkan 156 pek makanan kepada penduduk masyarakat orang asli di Kampung Sungai Pergam di sini pada 24 Jun.

Program dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Air Putih ini, adalah tanda prihatin YADIM dan YaPEIM terhadap kesulitan dihadapi masyarakat Orang Asli lebih-lebih lagi ketika mereka masih lagi  berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Sumbangan disampaikan oleh ADUN Air Putih, Yang Berhormat Ab Razak Ibrahim kepada wakil ahli  Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Sungai  Pergam, Yu Kedam yang mewakili penduduk orang asli di sini.

Sumbangan dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Sungai Pergam mengikut SOP yang dibenarkan.

YADIM Terengganu diwakili pengarahnya, Nasrul Hadi Saiadin. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Kelantan dan Terengganu, Tuan Haji Shafie Abas.

YADIM menerusi Sukarelawannya,  juga melaksanakan program sanitasi seluruh dewan dan kawasan sekitar sejurus selesai penyerahan bantuan.

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *