MERSING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor telah melaksanakan program Musaadah Covid 3.0 di Kampung Penyabung, Endau pada 28 Ogos dan Kampung Belukar Juling, Endau pada 2 September 2021.
Diadakan dengan kerjasama Masjid Kampungg Penyabung dan Masjid Kampung Belukar Juling, program ini telah menyantuni seramai 40 keluarga yang dikenalpasti memerlukan.
Keluarga yang disantuni ini adalah mereka yang terkesan dengan Pandemik Covid 19 hingga menyebabkan mereka tidak dapat keluar bekerja.
Turut disantuni adalah penduduk kampung yang sedang sakit kronik dan ditimpa kemalangan. Kesemua keluarga ini menerima pek keperluan barangan asas seperti beras, minyak dan telur.
Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdullah turun padang mewakili badan ini selain turut disertai Sukarelawan YADIM Mersing, Haji Rosli Abdul Rahman, Haji Roslan Ahmad dan Ustaz Yusof Embong.
KOMEN