PUTRAJAYA – Seramai 400 ejen dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerima bantuan berbentuk dana untuk data internet bagi kegunaan mereka ketika ini.
Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan, ramai keluarga yang terkesan punca pendapatan mereka, sekaligus turut mengakibatkan para pelajar yang kini banyak menggunakan medium dalam talian untuk pengajian mereka terjejas sama.
Prihatin dengan keadaan ini, YADIM memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk ejen dakwahnya iaitu Rakan Siswa YADIM (RSY), Rakan Belia YADIM (RBY) dan Rakan Remaja YADIM (RBY) dengan dana untuk data internet.
Secara pecahan, seramai 150 ahli RSY menerima sumbangan ini, RRY seramai 150 dan RBY pula seramai 100 pelajar.
Simbolik majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di sini pada 12 Julai kepada Presiden RSY, Muhammad Ikram Mohd Zulkepli.
Hadir sama dalam acara yang berlangsung menerusi aplikasi Google Meet itu ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat.
Dr Zulifli dalam reaksinya menyatakan terima kasih atas keprihatinan YADIM menyantuni para pelajar ini yang dirujuknya sebagai bakal pemimpin masa hadapan.
KOMEN