HULU TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu meneruskan misi bantuan Musa’adah 3.0 pada 30 Jun di perkampungan Orang Asli Sungai Berua di sini dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu.
Inisiatif ini juga mendapat kerjasama Pejabat Parlimen Hulu Terengganu.
Antara objektif program ini salah satunya ialah sebagai tanda prihatin YADIM dan YaPEIM terhadap kesulitan masyarakat Orang Asli lebih-lebih lagi ketika masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Sebanyak 133 pek makanan keperluan asas disalurkan oleh YADIM dan YaPEIM untuk diagihkan kepada setiap ketua isi rumah masyarakat Orang Asli Sungai Berua disini dan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang dibenarkan.
Simbolik penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Arifin Ismail bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Sungai Berua.
Hadir mewakili YADIM ialah Pengarah YADIM Terengganu,YBhg Ustaz Nasrul Hadi Saidin. Turut hadir sama Pengarah YaPEIM Terengganu, Kartina Ahmad.
KOMEN