Home » Langit Terbuka » Mujahid minta jangan sensasikan isu agama

Mujahid minta jangan sensasikan isu agama

Dr Mujahid berkata, kerajaan perlu menjaga sensitiviti berhubung kebebasan beragama kerana Islam tidak memaksa penganut agama lain selain termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang Islam adalah agama Persekutuan

 

PARIT BUNTAR –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa meminta agar pihak yang berkenaan tidak mensensasikan isu mengenai agama di negara ini.

Beliau berkata tindakan mereka itu semata-mata bertujuan merendahkan kredibiliti serta mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya kerajaan perlu menjaga sensitiviti berhubung kebebasan beragama kerana Islam tidak memaksa penganut agama lain selain termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang Islam adalah agama Persekutuan manakala agama lain bebas diamalkan.

“Saya minta jangan disensasikan dan saya sudah menjelaskan kenyataan saya mengenai hifzal-din (menjaga agama) dan perkara itu tidak perlu lagi saya jelaskan.”

“Malangnya masih ada pihak yang menggunakan isu itu yang seolah-olah saya melakukan dosa besar kononnya saya menyamaratakan agama,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 40 fakir miskin di Kampung Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, hari ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Wajib jihad pertahan Palestin

  Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia telah mengeluarkan fatwa berkaitan serangan ganas ke atas Gaza dan pelanggaran gencatan senjata

MTHQK laksana peraturan baharu

KANGAR – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2025 akan melaksanakan peraturan baharu untuk meningkatkan kecekapan peserta dan mengukuhkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *