KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan beliau tidak pernah cuba untuk mengalih isu tuntutan wanita dengan mengecam golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang terlibat dengan perhimpunan Women’s March baru-baru ini.
Beliau membalas kritikan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang mendakwa tindakan Mujahid cuba mengalihkan perhatian daripada menangani tuntutan wanita dengan menumpukan pada hanya satu tuntutan sebagai ‘memalukan’.
“Saya menyokong jika perhimpunan wanita itu digunakan sebagai platform untuk menyuarakan isu wanita seperti penindasan golongan itu, hak gaji minimum wanita dan sebagainya tetapi bukan perjuangkan LGBT yang jelas bercanggah dengan norma manusia dan agama.
“Perhimpunan ini telah di ‘hijack’ oleh golongan ini walhal sepatutnya ia boleh jadi platform baik untuk suarakan isu-isu wanita,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa di sini. – Utusan Malaysia
KOMEN