Home » Langit Terbuka » MUIP akan buka dua lagi pusat dialisis

MUIP akan buka dua lagi pusat dialisis

Ketika MUIP memiliki pusat dialisis terbesar di Pahang yang dikenali sebagai Pusat Dialisis MUIP Cenderawasih, di Kuantan yang menempatkan 27 unit mesin dialisis. - Foto MUIP

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan membuka dua lagi pusat dialisis bagi membantu meringankan beban golongan asnaf yang mengalami masalah buah pinggang.

Pegawai Ekonomi Kanan MUIP Izhar Ahmad, berkata pusat dialisis yang baharu itu akan dirikan di Gambang dan Muadzam Shah, Rompin masing-masing menempatkan 17 unit mesin dialisis bersama 12 kakitangan yang terlatih.

Ketika ini katanya, MUIP sudah memiliki pusat dialisis terbesar di negeri ini yang dikenali sebagai Pusat Dialisis MUIP Cenderawasih, dekat sini yang menempatkan 27 unit mesin dialisis.

“Pusat dialisis MUIP Gambang sepatutnya sudah beroperasi mengikut jadual namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan proses kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tertangguh.

“Untuk mendapat kelulusan membuka pusat dialisis daripada KKM banyak syarat serta peraturan perlu diikuti membabitkan pelbagai perkara seperti kelayakan kakitangan, reka bentuk dalaman bangunan dan mesin dialisis yang digunakan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Pusat Dialisis MUIP Cenderawasih, di sini.

Tambahnya, utuk membuka pusat dialisis memerlukan perbelanjaan yang besar, sebagai contoh satu unit mesin dialisis berharga RM40,000.

Ketika ini katanya, MUIP menaja sepenuhnya kos rawatan kira-kira 60 peratus pesakit buah pinggang kronik terdiri daripada golongan asnaf di Pusat Dialisis MUIP Cenderawasih. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *